Bulan puasa, aku tengok masjid besar - besar siap jemput Imam dari Gaza untuk solat terawih. Aku tak paham kenapa. Nak kata pasal Imam tu Hafiz, melambak Hafiz kat Malaysia ni yang sama layak dengan diorang untuk Imam kan solat. Beside, budak - budak tahfiz kat Malaysia ni rasanya lebih layak untuk dibantu. Tapi aku tak paham, kenapa perlu import Imam dari Gaza ? Tak percaya kualiti barangan tempatan ke ?
Sembang dengan sorang kawan waktu melepak di area Masjid Jamek, lagi haru pendapat dia. Dia nampak yang orang Melayu kat Malaysia ni lebih gila nak jadi Arab, berbanding nak jadi Islam. Bila aku tanya kenapa, jawapan dia simple je.
Dia kata " Ko pikirlah sendiri. Apa aje yang tok Arab tu buat, orang kita buta tuli ikut. Arab tu pakai purdah kat negeri dia, kita turut, alasan kita konon nak ikut Sunnah Nabi, sedangkan kita tau pun tak sama ada pada zaman Nabi ada ke tak orang buat macam tu. Kita tak pernah pun kaji Al - Hadith, yang kita tau, bila Arab tu cakap pasal Hadith, kita dok angguk macam burung belatuk, ikutkan aje tanpa mengkaji. Bila Arab tu datang pakai jubah, kita ikutkan, kononnya Sunnah Nabi, sedangkan Nabi tak suruh pun kita buat macam tu. Lepas tu bila kita dah sarung jubah, kita mula pandang rendah kat orang lain yang tak berjubah, seolah - olah macam kita ni dah konfem masuk syurga. La ni musim cerita pasal Gaza. Cerita pasal umat Islam kena tindas kat Palestin. Aku pun kesian juga, tapi dalam kesian aku tertanya - tanya, punya la banyak negara Arab yang kaya - raya dengan Petrodollars, takkan la dengan duit berbillion - billion, sumber minyak yang melimpah ruah, masalah orang Arab Islam kat Palestin tak selesai jugak ? Kenapa perlu negara kecik yang tak banyak sumber alam macam Malaysia ni nak kena jadi champion diorang ? Mana Arab Saudi ? Jordan ? Qatar yang kaya sampai boleh buat pulau sendiri ? Mana dia sikap infaq kan harta pada jalan Allah yang ulama' - ulama' dia preach kat umat Islam yang bukan Arab kat seluruh dunia, tapi kerajaan Arab langsung tak buat ? Lepas tu orang kita kat Malaysia ni duk terhegeh - hegeh nak respek pak Arab, sampai jemput Imam dia jadik imam terawih ? Apa hal yang diorang sanjung sangat pak Arab ni sebenarnya ? Apa istimewanya Gaza ?"
Aku terdiam tanpa kata. Cuma tersenyum memikirkan luahan pendapat dia. Betul juga. Melayu ni nak jadi Islam ke nak jadi Arab sebenarnya ???
No comments:
Post a Comment